Selasa, 12 November 2013

Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Latar Belakang Syarikat Takaful Malaysia Berhad 


Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) diperbadankan pada 29 November 1984. Modal dibenarkan semasa Takaful Malaysia ialah RM500 juta dan modal berbayar ialah RM162.817 juta. Ia mula beroperasi pada 22 Julai 1985 sebelum pembukaan rasminya pada 2 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Perbadanan Takaful Malaysia adalah atas sokongan "Pasukan Petugas atas Kajian Penubuhan Syarikat Insurans Islam di Malaysia" (Pasukan Petugas) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1981. Pasukan Petugas dalam laporannya memutuskan bahawa sebuah syarikat takaful yang berasaskan prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga yang bagus memandangkan para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan berasaskan prinsip ini.

Takaful Malaysia dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 30 Julai 1996 disusuli dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini bergelar 'Pasaran Utama' di Bursa Malaysia Securities Berhad. Modal dipertingkatkan kepada RM55 juta. Struktur modal sejak kini telah dipertingkatkan disebabkan oleh urusan penyusunan semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal saham berbayar Takaful Malaysia kini berjumlah RM162.817 juta.

BIMB Holdings Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak 60.50% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah 51.00% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan perbankan dan takaful, Kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di dalam broker saham, modal usaha rentan, amanah saham dan perbankan luar pesisir. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan secara aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran modal Islam. Pada 1 Julai 2009, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari Lembaga Tabung Haji dan pegangan saham semasa dalam BIMB Holdings Berhad adalah 51.17%.

Rabu, 6 November 2013

Rebutlah 5 Perkara

Salam,

Rebutlah 5 sebelum datangnya 5..

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)



1) Masa Muda sebelum Tua.

Pada masa kini generasi mudanya lebih suka kepada perkara-perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Leka mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan pada kemudian hari atau hari Tua. Alangkah beruntungnya jika kudrat yang kuat pada masa muda lebih ditujukan kepada beramal atau melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, dan masyarakat Islam keseluruhannya.

2) Masa Sihat sebelum Sakit

Beramallah di waktu sihat, sebelum datang waktu yang menghalang kita untuk beramal seperti di waktu sakit.Pergunakanlah masa sihat ini untuk beribadah dan amal soleh. Perbanyakkan solat tahajjud, membaca al-Qur'an, berzikir, solat berjemaah dan menuntut ilmu di masjid dan mentelaah bahan-bahan tarbiyah. Buatlah kerja-kerja amal dan kebajikan untuk masyarakat dan berdakwah kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan berakhlak dengan akhlak Islam.

3) Masa Lapang sebelum Sibuk

Manfaatkanlah kesempatan (waktu lapang) di dunia ini sebelum datang waktu sibuk di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur. Waktu umpama perjalanan kita menuju sesuatu destinasi. Kita tidak dapat berpatah balik untuk kembali kepada masa lalu. Kita tidak merasai kembali masa yang pernah kita lalui dulu. Oleh itu, waktu yang lapang ini adalah peluang untuk beribadat kepada Allah. Waktu lapang inilah masa untuk kita memperbanyakkan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Bila mana kita sibuk dan tidak ada masa, kita tidak ada peluang untuk mengenali Allah dan beribadat kepadaNya. Kita terlalu sibuk bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti yang menghalang dan menyebabkan kita tidak berpeluang untuk beribadat kepada Allah.

4) Masa Kaya sebelum Miskin

Kekayaan adalah kurniaan dan pemberian Allah kepada hambaNya. Tanda syukur dengan kurniaan Allah ini adalah dengan mematuhi perintah Allah (berzakat, bersedekah dsb) dan meninggalkan laranganNya. Kekayaan yang ada adalah peluang yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita miskin, kita terkejar-kejar pula untuk mendapat kesenangan dunia sehingga tidak ada masa untuk beribadat kepada Allah.Bersedekahlah dengan kelebihan harta yang kita miliki sebelum datang kemiskinan dan kefakiran datang menemui kita.

5) Hidup sebelum Mati

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Lakukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan sesudah mati, kerana siapa pun yang telah mati, maka akan terputus amalannya. melainkan 3 perkara tersebut di atas. Maka buatlah persiapan sebaik mungkin dalam menghdapai hari yang mana setiap makhluk pasti akan merasainya.
Marilah sama-sama kita amalkan hadis ini dan terapkan dalam amalan hidup kita. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat Rahmat dan InayahNya. In Sya Allah. Ameen..

LinkWithin

Anda mungkin meminati