DOA, PETUA & AMALAN

sumber gambar dari yahoo


Hilangkan Bau Kaki

Kaki kita berbau bila pakai kasut sarung atau tertutup. Buka je kasut maka meluru baunya masuk hidung..Kalau kita sendiri tak tahan dgn bau kaki sendiri, inikan pulak orang lain yang terpaksa menyedut bau aroma dari kaki kita Oleh itu, untuk mengatasinya ambil beberapa limau nipis, potong 3@4 bahagian & tonyoh pada kaki terutama di celah jari dan celah kuku. Selepas menanggalkan kasut, basuh dahulu kaki anda dan lakukan setiap kali. In sya Allah bau kaki akan hilang. (Nota : kalau tak tahan limau nipis boleh cuba dengan limau kasturi)


Petua kempiskan perut

Amalan nie saya sendiri jarang praktikkan (hehehe).. Caranya perahkan 2 biji limau nipis dicampur dengan teh O suam tanpa gula. Amalkan meminum air ini dan in sya Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan


Kulit Terbakar/Melepuh/Melecuh

Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.


Tumit Pecah-Pecah

Cuci kaki terlebih dahulu, kelapa yang diparut gaulkan bersama garam, Selepas itu sapukan pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur...InsyaAllah tumit kaki anda cantik dan bersih.

0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Anda mungkin meminati