Isnin, 28 Oktober 2013

Beza Insurans dan Takaful

Perbezaan Insurans
Konvensional & Takaful

Ust Zaharuddin Abd Rahman


Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Tabarru' dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.


Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).


Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

KonvensionalTakaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankanKontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.


Demikian penerangan ringkas saya.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/307-beza-insuran-konvensional-a-takaful--sudut-hukum.html

Maksud atau Makna Takaful

Definisi Takaful


Takaful perkataan berasal daripada bahasa Arab kata kerja " kafala " yang bermakna untuk menjaga keperluan seseorang. Oleh itu, pakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak bersetuju untuk bersama-sama menjamin satu sama lain sekiranya berlaku kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa oleh bencana atau musibah. Begitu juga, jaminan bersama yang tertanam dalam konsep Takaful boleh diterjemahkan ke dalam operasi yang praktikal dalam bentuk perniagaan atau urus niaga komersial dalam " tijari " atau sektor swasta sebagai salah satu peserta kewangan Islam dalam ekonomi pasaran .

Konsep

Mudharabah ditakrifkan sebagai kontrak perkongsian keuntungan komersial masalah yang dihadapi oleh pembekal atau pembekal dan usahawan untuk usaha perniagaan.
Tabarru ' adalah perkataan Arab yang bermaksud menderma atau hadiah , di mana Peserta bersetuju untuk melepaskan sebagai derma semua atau sebahagian tertentu sumbangan beliau itu membolehkan beliau untuk memenuhi tanggungjawab bantuan bersama dan jaminan bersama.

Wakalah ertinya agensi dalam bahasa Arab. Di bawah struktur, hubungan agensi yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak untuk menjalankan usaha perniagaan tertentu. Berdasarkan premis ini , model ini menggambarkan perjanjian agensi antara pengendali , yang bertindak sebagai ejen atau "wakil" kepada peserta sebagai prinsipal untuk menguruskan penyertaan kedua dalam pelbagai produk takaful yang disediakan oleh pengendali.

Falsafah
Melihat kembali kepada falsafah dan konsep persaudaraan dan tolong menolong ( ta'awun ) dan tanggungjawab bersama di kalangan ahli-ahli dalam menyediakan bantuan kewangan dan bantuan kepada orang-orang yang telah mengalami kemalangan , kejadian tidak diingini atau kesukaran yang dihadapi, kini muncul satu konsep Takaful , berdasarkan kontrak Tabarru (sumbangan) , Mudarabah (perkongsian keuntungan) dan kontrak sokongan yang lain yang mendasari seperti Wakalah, ujr , Kafalah .

Tabarru'(derma takaful) adalah satu kontrak di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan beliau ( untuk dana Takaful) untuk memberikan bantuan jaminan bersama dan saling membantu sekiranya peserta lain mengalami kerugian. Konsep ini telah menghapuskan unsur gharar daripada kontrak Takaful.

LinkWithin

Anda mungkin meminati